.

Monday, June 6, 2011

[Quick Revision] F3 - Chapter 5

PERTUMBUHAN

Pertumbuhan: 
  • Perubahan dalam sesuatu organisma dari segi jisim badan atau berat badan, saiz, dan bentuk tubuh badan dalam tempoh masa tertentu
  • Selain itu juga, perubahan fizikal, mental dan emosi sejak dilahirkan juga dianggap sebagai pertumbuhan.
Ciri-ciri biasa yang digunakan untuk mengukur pertumbuhan manusia:
  1. BERAT
  2. KETINGGIAN
  3. KEPANJANGAN TANGAN
  4. SAIZ KEPALA MANUSIA

LENGKUK PERTUMBUHAN MANUSIA
(GRAF PERTUMBUHAN)




Kadar pertumbuhan manusia boleh dibahagikan kepada 5 Fasa seperti mana pada gambar rajah di atas. Berikut adalah penerangan berkenaan setiap fasa dalam graf pertumbuhan manusia.


PERBEZAAN KADAR PERTUMBUHAN
LELAKI DAN PEREMPUAN


Terdapat perbezaan pada graf pertumbuhan lelaki dan juga perempuan.
  1. Pada fasa bayi, pertumbuhan bayi lelaki dan perempuan adalah sama
  2. Namun, pada umur 10-12 tahun, kadar pertumbuhan kanak-kanak perempuan lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan kanak-kanak lelaki kerana kanak-kanak perempuan mencapai akil baligh lebih awal. Selepas akli baligh, kanak-kanak perempuan akan membesar dengan lebih cepat sehingga umur 16 tahun.
  3. Kanak-kanak lelaki pula akan mendapat akil baligh lewat sekitar umur 12 hingga 14 tahun dan pada masa tersebut kadar pertumbuhan lelaki adalah lebih tinggi daripada perempuan sehingga umur 18 tahun.
  4. Pada umur 21 tahun, lelaki dan perempuan telah menjadi dewasa dan kadar pertumbuhan adalah sama iaitu sifar iaitu tiada lagi proses pertumbuhan dan pembesaran.

1 comments:

Muhammad Zuhairi Abdul Ghapar said...

salam. cikgu, boleh saya tahu detail rujukan cikgu untuk posting ni? tme kseh ckgu :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...